Baja Ratukeli merupakan produk baja pertama syarikat Ainul AgroBased Sdn. Bhd. dalam mempastikan adanya makanan baja HALAL untuk ikan keli dan mencukupi dipasaran. Ini bagi merealisasikan pengeluaran produk berasaskan ikan keli HALAL dan BERSIH oleh syarikat. Ianya menepati POLISI HALAL syarikat bagi pengeluaran setiap produk syarikat.
Kejayaan pengeluaran baja Ratukeli ini dipasaran adalah hasil daripada kerjasama pengeluaran yang diperolehi daripada rakan pengilang iaitu Syarikat FQ FeedMill Sdn Bhd yang bertapak di Kajang Selangor.
Baja Ratukeli adalah merupakan makanan ikan keli yang dihasilkan melalui FORMULASI KHAS untuk tumbesaran ikan keli. Ianya diperhebatkan lagi dengan adanya kandungan AZOMITE dalam formulasi tersebut.
Kini para penternak mempunyai pilihan dalam memberi makanan kepada ikan keli dan bertukar kepada makanan yang di jamin HALAL dan BERSIH. Pengeluarana Baja Ratukeli mendapat pengiktirafan HALAL dan dikawalselia pengeluarannya di kilang daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Sekarang tiada keraguan dalam memberikan makanan kepada ikan keli anda kerana sudah terdapat baja Ratukeli yang HALAL dan BERSIH.
|