HOME | BLOG | HUBUNGI KAMI | DAFTAR

Selamat Datang Ke Laman Web RATU KELI.....WELCOME TO RATU KELI.....Selamat Datang Ke Laman Web RATU KELI.....WELCOME TO RATU KELI...  
SELAMAT DATANG
KENALI KAMI
KURSUS DITAWAR
PRODUK
KHIDMAT NASIHAT
KONTRAK PERLADANGAN
STOKIS BAJA RATUKELI
Borang Permohonan
TIPS 1

Sebelum memulakan usaha ternakan ikan keli, pastikan anda mempunyai ilmu ternakan yang asas terlebih dahulu. Walaupun kedengaran agak mudah, namun jika tanpa ilmu, usaha yang mudah akan menghasilkan impak yang minima kerana kekurangan ilimu

TIPS 2
Sebelum memasukkan anak ikan ke dalam kolam, air hendaklah dipastikan telah HIJAU
TIPS 3

Beli Anak Ikan Yang Aktif Dan Sihat Sahaja. Jangan beli jika terdapat keputihan pada anak ikan Jangan beli jika kepala ikan lebih besar daripada badannya dengan ketara.

 

 

 

 

 

 

 
KURSUS ASAS TERNAKAN IKAN KELI
 

Kursus Asas Ternakan Ikan Keli merupakan pendedahan awal kaedah dan penjagaan ternakan ikan keli kepada para penternak.

Dalam kursus asas ini, para penternak akan diberikan maklumat berkenaan spesis ikan keli, ciri-ciri ikan keli, morfologi ikan keli dan jantina ikan keli.

Dalam kursus asas ini, semua kaedah ternakan akan diajar. Antaranya adalah kaedah ternakan dalam kolam tanah, kolam konkrit, kolam tasin, kolam kanvas, tong pvc dan kolam plastik. Kaedah ternakan dalam plastik merupakan kaedah termurah yang boleh menjadi asas permulaan bagi ternakan ikan keli.

Rawatan air dan pembajaan air merupakan intipati bagi menjamin tahap kematian ikan keli berkurangan. Penekanan kepada AIR HIJAU merupakan satu kaedah yang murah dalam ternakan ikan keli.

Walaupun ikan keli, jarang-jarang mendapat penyakit, dalam kursus asas ini juga didedahkan berkenaan penyakit yang mungkin boleh menyerang dan kaedah rawatan bagi penyakit tersebut.

Ujian-ujian air secara praktikal akan diajar kepada peserta kursus. Ujian bagi tahap pH, Oksigen terlarut, Ammonia dan Klorin dan kaedah menggunapakai alat ujian turut disampaikan kepada peserta kursus.

Tidak cukup dengan itu, para peserta di tawarkan dengan Konsultasi Secara Percuma dan Berbayar. Ini bagi mempastikan projek yang dijalankan merupakan projek ternakan ikan keli yang berjaya dan mempu mendatangkan hasil kepada penternak.

Sesi terakhir kursus, para peserta akan diberi taklimat berkenaan tawaran belian balik melalui kontrak perladangan. Kontrak Perladangan ini merupakan bantuan pemasaran kepada para penternak yang tidak mampu untuk memasarkan sendiri hasil ternakan mereka.

Kursus asas ternakan ikan keli ini telah dijalankan sebanyak 20 sesi. Kursus diadakan di daerah utama Sarawak antaranya di Miri, Bintulu, Sarikei dan Kuching. Ianya dijalankan pada hari Sabtu (Sila rujuk jadual kursus) dan dilaksanakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang, jika terdapat banyak persolan yang diajukan daripada peserta, kursus akan berakhir agak lewat sedikit.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus asas ternakan ikan keli ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengisi borang pendaftaran secara ONLINE atau ke Pejabat Urusan kami bagi mendapatkan borang.

 

Selamat Berkursus Dan Selamat Maju Jaya

 

 

WWW.RATUKELI.COM

 

Hubungi Kami
Email Usadmin@ratukeli.com
Beli Anak Ikan
 
eBOOK
 
 
 

 

Hak Cipta Terpelihara © www.RatuKeli.com 2009