Kursus Intensif pembenihan anak ikan keli terbuka kepada semua penternak yang berminat untuk melakukan sendiri pembenihan anak ikan. Disamping itu, para peserta akan ditawarkan terus kontrak pembekalan anak ikan kepada syarikat.
Kursus dijalankan selama 5 hari dari teori kepada praktikal dikolam pembenihan. Setiap peserta akan melakukan sendiri pembenihan dan penjagaan anak ikan sehingga anak ikan menetas dan berumur dalam lebih kurang 3-4 hari.
Pendedahan dikolam pembenihan adalah amat penting bagi peserta yang benar-benar berminat dalam bidang ini. Pembelajaran secara teori akan di sokong oleh pembelajaran secara praktikal dari pemilihan induk, pelbagai kaedah pensenyawaan ikan sehinggalah kepada penjagaan anak benih ikan dari ketika menetas sehingga nampak pada pandangan mata kasar oleh setiap peserta kursus.
Kursus yang dijalankan merupakan kaedah terbaik bagi mempastikan peserta kursus dapat melakukan pembenihan sendiri yang berjaya selepas menghadiri kursus selama 5 hari ini. Ini kerana tanpa adanya praktikal penjagaan dari mulanya telur ikan keluar dari perut induk sehingga ikan menetas dan nampak pada pandangan mata kasar, kegagalan bakal menanti penternak yang hanya belajar secara teori.
Kursus Intensif yang pertama akan dilakukan pada bulan Julai 2009 di Hetcheri Sedia ada.
Bagi Sesiapa yang berminat, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus ini mulai sekarang. Bilangan peserta adalah amat terhad dan hany untuk maksima 20 orang sahaja.
Yuran Kursus : RM 3000 sahaja |