HOME | BLOG | HUBUNGI KAMI | DAFTAR

Selamat Datang Ke Laman Web RATU KELI.....WELCOME TO RATU KELI.....Selamat Datang Ke Laman Web RATU KELI.....WELCOME TO RATU KELI...  
SELAMAT DATANG
KENALI KAMI
KURSUS DITAWAR
PRODUK
KHIDMAT NASIHAT
KONTRAK PERLADANGAN
STOKIS BAJA RATUKELI
Borang Permohonan
TIPS 1

Sebelum memulakan usaha ternakan ikan keli, pastikan anda mempunyai ilmu ternakan yang asas terlebih dahulu. Walaupun kedengaran agak mudah, namun jika tanpa ilmu, usaha yang mudah akan menghasilkan impak yang minima kerana kekurangan ilimu

TIPS 2
Sebelum memasukkan anak ikan ke dalam kolam, air hendaklah dipastikan telah HIJAU
TIPS 3

Beli Anak Ikan Yang Aktif Dan Sihat Sahaja. Jangan beli jika terdapat keputihan pada anak ikan Jangan beli jika kepala ikan lebih besar daripada badannya dengan ketara.

 

 

 

 

 

 

 
SYARAT KONTRAK PERLADANGAN
 
Kontrak Perladangan hanya ditawarkan kepada Peserta Kursus Asas Ternakan Ikan Keli (Dengan Tawaran Belian Balik Melalui Kontrak Perladangan) sahaja. Belian balik oleh syarikat hanya bagi ikan-ikan yang dibeli daripada syarikat atau cawangan syarikat dengan menggunapakai baja RATUKELI keluaran syarikat sahaja.
 
Bagi para peserta kursus asas ternakan ikan keli (dengan tawaran belian balik melalui kontrak perladangan) yang ingin menyertai kontrak perladangan ini mereka hendaklah berumur 18 tahun dan keatas serta merupakan warganegara Malaysia.
 
Syarat minimum belian balik adalah 1 Kg, maksimum belian balik sebanyak 10 Tonne sebulan
 

Bagi peserta kursus yang berminat mereka hendaklah mengemukakan dokumen berikut kepada pihak pengurusan syarikat :

  1. Borang Permohonan bagi kontrak perladangan
  2. Salinan Mykad
  3. Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/syarikat (jika berkaitan)
  4. Senarai nama ahli projek kelompok (jika berkaitan)
  5. Salinan Sijil Kursus Asas Ternakan Ikan Keli
  6. Salinan Geran Tanah (Jika projek atas tanah sendiri), Jika tapak projek atas tanah orang lain sila kemukakan surat kebenaran bagi melaksanakan projek ternakan ikan keli di tapak berkenaan
  7. Salinan lesen kolam (Konkrit/Kanvas/Tong PVC/atau lesen kolam yang diwajibkan oleh kerajaan dari masa ke semasa)
  8. Salinan permit (jika berkenaan dengan Kerajaan Tempatan)
  9. Salinan resit pembelian anak ikan dan baja ratukeli

Sila bawa bersama salinan asal untuk pengesahan oleh pihak syarikat.

 

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat. Tandatangan bagi Perjanjian Kontrak Perladangan adalah dihadapan Panel Peguam Syarikat, iaitu Tetuan Awang Bujang, Hamzah & Co Advocate setelah surat kelulusan dikeluarkan dan segala dokumen berkaitan diajukan.

 

WWW.RATUKELI.COM

 

Hubungi Kami
Email Usadmin@ratukeli.com
Beli Anak Ikan
 
eBOOK
 
 
 

 

Hak Cipta Terpelihara © www.RatuKeli.com 2009